'Iron' (zat besi) elemen yang diperlukan dalam pembentukan darah.
Kira-kira 70% 'iron' badan dijumpai dalam sel darah merah dikenali
sebagai 'hemoglobin' dan di dalam sel otot dikenali sebagai
'myoglobin'.Hemoglobin diperlukan untuk memindahkan oksigen di dalam
darah daripada paru-paru ke tisu badan. Myoglobin, dalam sel otot,
menerima, menyimpan, mengangkut dan membebaskan oksigen.
Kira-kira 6 % 'iron' badan adalah komponen sesetengah protein,
diperlukan untuk respirasi dan metabolisma tenaga dan sebagai komponen
enzim yang terlibat dalam penghasilan kolagen dan beberapa
'neurotransmitter' (agen penghantar maklumat ke otak). 'Iron' juga
diperlukan untuk sistem imunisasi untuk berfungsi dengan baik.
Kira-kira 25% 'iron' dalam badan disimpan sebagai ferritin, dijumpai
dalam sel dan mengitari darah. Secara purata lelaki dewasa memiliki
kira-kira 1,000 mg 'iron' simpanan (cukup untuk 3 tahun), di mana wanita
secara purata memiliki hanya 300 mg (cukup untuk 6 bulan). Apabila
pengambilan 'iron' melalui diet terlalu rendah, 'iron' simpanan turut
akan berkurang (iron depletion) dan menurunkan aras hemoglobin.
Kekurangan 'iron' berterusan dikenali 'iron-deficient erythropoiesis'
dan semakin teruk penurunannya dikenali sebagai 'iron deficiency
anemia'.
Kehilangan darah di atas sebab-sebab tertentu menyebabkan 'iron
deficiency'. Bagi lelaki dan wanita postmenopaus , 'iron deficiency'
selalunya menyebabkan kehilangan darah 'gastrointestinal' (sistem
penghadaman/perut-usus). Bagi wanita yang didatangi haid, mereka
memerlukan lebih 'iron' menggantikan darah dalam tempoh 'period'
tersebut.
Bagi penderma darah, mereka akan kehilangan kira-kira 200 - 250 mg
'iron'. Semasa tempoh pertumbuhan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa,
keperluan 'iron' melebihi bekalannya dalam diet dan simpanan. 'Iron'
hilang daripada tisu pertumbuhan semasa MENGANDUNG dan sewaktu
pendarahan semasa MELAHIRKAN anak dan selepas kelahiran secara purata
sebanyak 740 mg. Ibu MENYUSUKAN anak memerlukan kira-kira 0.5 - 1 mg
sehari.
Keperluan 'Iron'
Aras 'iron' kita diperiksa sebelum mendermakan darah bagi menentukan
adakah selamat kita berbuat demikian.'Iron' tidak boleh dibina oleh
tubuh dan mesti diserap daripada apa yang kita makan. Dewasa memerlukan
minimum 1.8 mg 'iron' sehari. Hanya kira-kira 10-30% 'iron' yang
diambil itu diserap dan digunakan oleh badan.
Keperluan 'iron' harian boleh diambil melalui suplemen. Makanan tinggi vitamin C boleh membantu meningkatkan penyerapan iron.
Beberapa makanan yang kaya dengan iron:
-Daging dan tenusu
-Ayam
-Hati (kecuali hati ikan)
-Ikan
-Sayuran hijau
-Brokoli
-Tomato
-Jagung
-Kobis
Supplement apa yang ada Zat Besi?
Semestinya Vita-Lea Iron Formula. Pengambilan 2 tablet sehari dapat membekalkan sumber zat besi kepada tubuh.
From :- page Shaklee2u
Sumber: UCSF Medical Centre
0 Comments