G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah
apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan
berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik
muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD
boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini
termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang,
pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi
(Cecil, 1992).
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit.
Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina,
lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki.
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma.
Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang
mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan
kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja.
Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X
nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang
berlaku.
Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami
sebarang gejala atau komplikasi. Pada penghidap yang terdedah kepada
bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti
malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari
tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit
kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak
bermaya.
Salah satu masaalah yang dialami oleh seseorang dengan kekurangan
G6PD timbul sebaik sahaja selepas kelahiran. Demam kuning pada bayi baru
lahir adalah keadaan biasa bagi semua bayi baru lahir, tetapi apabila
ia berlanjutann, kekurangan G6PD syaki. Demam kuning baru lahir
merupakan kekuningan pada putih mata, kulit, dan selaput hingus
disebabkan mendakan garam hempedu pada tisu ini. Bagi bayi yang baru
lahir, mereka kelihatan kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan. Ini
merupakan akibat langsung kekurangan aktiviti enzim G6PD pada hati.
Dalam sesetengah kes, demam kuning pada bayi baru lahir cukup teruk
untuk menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi yang kekal (Beutler,
1994).
Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
* Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
* Ubat gegat.
* Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
* Minyak gosok.
* Kacang parang.
Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital.
Sumber :-
http://pama.karangkraf.com/bayi/apa-itu-penyakit-g6pd-1.172324
http://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD
0 Comments