Sambil layan-layan Maharaja Lawak Mega 2013, godek-godek laptop. Ada dokumen pasal zat Magnesium. Nak share sikit la pasal zat Magnesium ni untuk tubuh kita. Tubuh orang dewasa memerlukan 300-350mg magnesium sehari.
Apa kepentingan Magnesium kepada tubuh kita
>> Setiap organ dalam tubuh memerlukan Magnesium terutamanya jantung, otot dan buah pinggang
>> menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga
>> diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink,
kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.
>> mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot
>> berupaya mengawal paras gula darah pada mereka yang mengalami diabetes jenis 2 (type 2 diabetes)
Tahu tak kesan kekurangan Magnesium kepada kesihatan kita?
- Mudah resah dan panik – Magnesium (Mg) selalunya
memastikan tekanan hormon adrenal di dalam kawalan.
- Asma – kekurangan mineral ini juga
boleh meningkatkan pengeluaran histamine dan kejang bronkial dan
sering dialami oleh pesakit asma.
- Darah beku – Mg memainkan peranan penting dalam
mencegah pembekuan darah dan memastikan darah cair. Ia bertindak seperti
aspirin tetapi secara semula jadi tanpa kesan sampingan.
- Penyakit ’bowel’ (pembuangan) – kekurangan
magnesium memperlahankan pembuangan najis yang menyebabkan sembelit,
tubuh bertoksin dan kurang penyerapan nutrisi, mengakibatkan radang usus
besar.
- Cystitis – Mengakibatkan kejang / radang pundi kencing
bertambah buruk.
- Depresi – hormon Serotonin bergantung kepada mineral
ini dalam menentukan mood. Kekurangan magnesium di otak
menyebabkan ia lebih terdedah kepada alergen, mengakibatkan simptom yang
sama seperti sakit mental
- Detoksifikasi – Mineral ini sangat penting untuk
menyah bahan toksik dan logam seperti aluminium dan plumbum yang terdapat
dalam tubuh seseorang hasil dari pemakanan yang tidak dijaga.
- Diabetes – Mg meningkatkan rembesan insulin,
memudahkan metabolisma gula. Tanpanya, insulin tidak dapat
memindahkan glukos ke dalam sel. Glukos dan insulin terkumpul di dalam
darah yang menyebabkan berbagai jenis kerosakan tisu.
- Keletihan – Pesakit yang kekurangan
magnesium selalunya mengalami keletihan disebabkan oleh puluhan
sistem enzim yang tidak berfungsi.
- Masalah jantung – Mereka yang mempunyai masalah jantung
biasanya kekurangan magnesium. Mg digunakan di hospital untuk masalah
akut miokardium dan kardiaks arrhythmia. Seperti otot lain, otot jantung
juga memerlukan Mg. Ianya juga digunakan untuk merawat angina
(pedih ulu hati) atau sakit dada.
- Darah tinggi – Tanpa Mg yang mencukupi,
saluran darah menjadi kejang dan kolesterol meningkat, ini mengakibatkan
masalah tekanan darah.
- Hipoglycemia – Mg memastikan insulin berada di
dalam kawalan, tanpanya boleh mengakibatkan gula dalam darah berada pada
paras terendah.
- Imsonia – pengeluaran melatonin terganggu jika
kekurangan magnesium.
- Masalah buah pinggang – Kekurangan
magnesium menyebabkan pengerasan arteri buah pinggang
(atherosklerotik). Kekurangan magnesium menjadikan paras lipid tidak
normal dan memburukkan kawalan gula darah bagi pesakit yang melakukan
pemindahan buah pinggang.
- Penyakit hati mengakibatkan kegagalan hati – disebabkan
oleh kekurangan magnesium.
- Migrain – keseimbangan hormon Serotonin bergantung
kepada Mg. Kekurangan serotonin boleh menyebabkan migrain, sakit kepala
dan kemurungan.
- Kondisi Musculoskeletal – Fibrositis, fibromyalgia,
kejang otot, mata mengerenyit, kejang / sakit leher dan belakang yang
kronik disebabkan oleh kekurangan magnesium dan boleh disembuhkan
dengan pengambilan Mg.
- Masalah saraf – Mg melegakan gangguan saraf peripheral
di seluruh tubuh seperti migrain, kontraksi otot, kejang gastrointestinal,
betis, kaki dan jari kaki. Ia juga digunakan dalam merawat simptom saraf
pusat vertigo.
- Obstetrics dan Gynecology -Mg boleh mencegah
sindrom premenstrual; mencegah dysmenorrhea (kejang semasa haid); penting
dalam merawat masalah ketidaksuburan; mengurangkan kontraksi pramatang,
preeclampsia dan eclampsia semasa mengandung. Intravena
Mg (Intravenous) diberikan dalam rawatan obstetrical untuk wanita
mengandung yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan mengurangkan
risiko palsi serebrum dan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Mg
diperlukan sebagai makanan tambahan untuk wanita mengandung.
- Osteoporosis – Tanpa jumlah Mg yang seimbang,
kalsium dan Vitamin D tidak dapat diserap, mengakibatkan pereputan tulang.
- Sindrom Raynaud – Mg membantu menenangkan saluran
darah spastik untuk melegakan kesakitan dan kebas pada jari.
- Pereputan gigi – kekurangan
magnesium mengakibatkan jumlah fosforus dan kalsium tidak seimbang
dalam air liur, mengakibatkan kerosakan gigi
(sumber info: ping.busuk.org)
sumber makanan yang mengandungi Magnesium
- bayam (1/2 cawan) = 80 miligram (mg)
- mentega kacang tanah (2 sudu makan) = 50 mg
- kacang bol (1/2 cup) = 45 mg
- susu, rendah lemak (1 cawan) = 40 mg
0 Comments