Apa kebaikan air lemon?
Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (
potassium)
yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam
manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan
darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air
suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun
tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan
kerja.
Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau
tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita
ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah
metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali
dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal,
amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan,
kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya
mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang
kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan
mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu
malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan
seimbang.
Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip
ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu
hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang
membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana
lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu
masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh
yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air
kencing anda akan meningkat dan sihat.
Jom mulakan amalan minum air lemon
Share is Care
Suriati 889338
0134331835
0 Comments