OverNight Rolled Oat - Menu sihat untuk lebih rasa kenyang.

 Assalamualaikum, hai semua.


Hari ni CheqSu nak share 1 resepi mudah ESP bersama buah dan Oat.

Memandangkan CheqSu mengikuti Proses Kurus anjuran Geng Detox Shaklee, banyak resep-resepi best yang dikongsi kan oleh peserta projek ni. Salah satu darinya ialah Overnight oat.


Overnight Oat
Overnight Rolled Oat With ESP


Resepi ini mudah aje.  Bahan-bahan pun mudah didapati.

Bahan-Bahan nya :-
1. Rolled Oat
2. Susu Segar / Susu rendah Lemak / Susu Fullcream (ikut kegemaran masing-masing)
3. Buah-buahan
4. ESP Shaklee

bahan overnight oat
Bahan-bahan untuk Overnight Oat


Cara nya :-

1. Campurkan Oat, buah dan susu. Masukkan dalam peti sejuk semalaman.

2. Pagi esok nya, tambahkan sikit susu sekiranya ingin menikmati berkuah. Campurkan ESP 1 sudu makan ke dalam adunan Overnight Oat dan kacau sebati sehingga ESP larut sepenuhnya.

3. Ready to eat.




Resepi Overnight Oat
Campuran semua bahan kecuali ESP


Overnight Oat ni sangat sesuai untuk individu yang sibuk dan tak sempat nak bersarapan berat.

Rolled Oat memberikan rasa kenyang lebih panjang. Gabungan bersama ESP membantu mencegah masalah gastrik akibat makan yang tidak teratur.

Korang nak tahu CheqSu beli Rolled Oat jenis apa? CheqSu cari jenama yang senang didapati dan murah.. hehe..


Rolled Oat
Rolled Oat Instant Jenama Captain

Oat banyak jenis.  Ada Steel Cut, Rolled Oat dan Instant atau Quick Oat.

Paling mudah diambil adalah instant oat.



Perbezaan besar Oatmeal kepada kesihatan adalah Kadar Penyerapan nya.


Semakin halus saiz Oatmeal, semakin tinggi kadar penyerapan dalam badan walaupun kandungan serat nya adalah sama.

Steel Cut paling lambat disserat oleh badan. Rolled Oat pula mudah diserap oleh badan. Manakala instant Oatmeal adalah paling cepat diserap dalam badan sebagai gula.

Instant Oatmeal mempunyai indek Glisemik yang sangat tinggi. 

GI Oatmeal


Nampak kan perbezaan GI nya. Makanya, jika anda sedang berdiet, pilih lah Rolled Oat.

Buat pilihan bijak untuk kesihatan anda.


Terima kasih sudi membaca entry ini. 

Salam Sayang buat semua...

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕






Post a Comment

0 Comments