MASALAH KESIHATAN : KENCING MANIS
Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus.
PUNCA
========
Penyakit
ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan
penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin.
Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin
berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein.
Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa
kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan
lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga
menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam
hati.
SIMPTON / TANDA-TANDA AWAL
============================
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v
Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan
kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang
penglihatan menjadi kabur
-Ahli keluarga menghidap kencing manis / keturunan
-Berusia 35 tahun ke atas dan mengalami masalah berat badan
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.
KELAS / JENIS
============
Diabetes Primer
Jenis
I (IDDM) Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung
Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah
dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap
ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing
manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi
penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan
pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.
Jenis II
(NIDDM) Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak
Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong
dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin
yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih
daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah
gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri
daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan
pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.
Diabetes Sekunder
Penyakit
kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain,
peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal,
seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang
disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang
mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa
mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka
telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan
pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.
Rawatan
========
Penyakit
kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan
rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan
mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah
komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan
menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal
penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan,
senaman dan ubat.
DIET DAN DIABETES
==================
Pengawalan
pengambilan diet adalah salah satu faktor yang penting di dalam
pengawalan tahap gula darah. Ini merupakan kunci pengurusan bagi
kedua-dua jenis Diabetis Mellitus. Pengambilan diet hendaklah sekata
sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari. Diet Diabetis
adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti oleh semua orang. Bagi pesakit
diabetis, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana
jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.
Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat
badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan
penyakit anda. Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat
makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan
memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian.
Cadangan pembahagian kaori : 15% Protein, 30% Lemak, 55% Karbohidrat.
MATLAMAT RAWATAN DIET
1. Untuk mengawal paras glukosa di dalam darah
serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.
2. Untuk mendapatkan
atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan
umur.
3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan
aktiviti harian.
4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan
cara hidup pesakit.
5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi
diabetis.
Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetis IDDM dan NIDDM adalah
sama. Pesakit perlu memahami
3 perkara penting iaitu:
1. Apa yang hendak dimakan
2. Waktu makan yang sesuai
3. Amaun makan yang boleh dimakan.
NUTRISI YANG DIPERLUKAN
=========================
Kajian
mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromiun dan selenium
mempunyai kesan ke atas insiden diabetis. Kromiun mempunyai fungsi untuk
menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang
berisiko tinggi untuk mendapat diabetis. (P/S : APE PRODUK SHAKLEE YG
ADE KROMIUN & SELENIUM?) Kajian juga telah menunjukkan bahawa
anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten ( sejenis
vitamin A larut air ) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang
berkaitan dengan diabetis. (P/S : PRODUK SHAKLEE …VITAMIN C , VITAMIN E
& CAROTOMAX KN…?)
PENGAMBILAN SERAT YANG BETUL
===============================
Serat
atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut ( yang larut dalam
air - ia membantu penyerapan nutrien ) dan serat tak larut ( tidak dapat
dihadam oleh sistem pencernaan - membantu mengelakkan sembelit ). Serat
yang tak larut boleh digunakan di dalam usahamengurangkan berat badan
kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu
melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran darah. Saranan
pengambilan serat : 30 - 40 gm. sehari.
Contoh makanan yang mengandungi serat :
Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan sebagainya.
(P/S : PRODUK SHAKLEE.. SERAT – ALFALFA KN?)
Suggest supplement Shaklee
sugar control set = VITALEA- multivitamin,
VITAMIN C - membantu dlm penyembuhan luka, mengurangkan asid urik dlm badan,
ALFALFA - bantu dalam mengurangkan keradangan,mencuci usus bagi membuang toksik,meneutralkan asid dlm badan
GLA
COMPLEX - membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan
masalah kencing manis,dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2)
dengan membaiki kadar insulin & kolesterol
ZINC- membantu dalam menyembuhkan luka, Komponen penting bagi insulin
ESP- Menyokong kesihatan imunisasi badan , membantu dalam penyerapan supplement lain dgn lebih baik.
~ Credit to Nor Hana ~
Sumber
: 1) http://moodpro.tripod.com/inyakit/dia_pg7.htm 2)
http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcr=kencingmanis.htm
More Info : http://bernama548.blogspot.com/2011/07/pesakit-kencing-manis-tetap-perlu.html
~ Created by Hanim Mansor SID : 880410 ~
2 Comments
ubat kencing manis ni bagus ni
ReplyDeleteikhtiar... inshaAllah
Delete